“Jangan Hanya Kerana Gaza Baru Sibuk Nak Jadi Aktivis, Itu Hipokrit”

“Jangan Hanya Kerana Gaza Baru Sibuk Nak Jadi Aktivis, Itu Hipokrit”

Pelakon Datuk Aaron Aziz berpendapat selebriti tidak sewajarnya dipaksa untuk bersuara berkenaan beberapa isu demi memenuhi kehendak netizen.

Memetik Oh Bulan, Aaron berkata ada individu dikenalinya yang hanya diam serta tidak menunjukkan sokongan namun menyalurkan bantuan secara senyap-senyap.

BACA: Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Sertai Uji Bakat Lakonan

“Kita tak boleh paksa orang bersuara hanya sebab diminta. Tak bersuara tak semestinya mereka tak sokong. Ada yang saya kenal walaupun diam, tapi mereka menderma secara senyap. Lebih baik begitu daripada sekadar ‘repost’ tetapi tiada tindakan.

“Doa, usaha atau hubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sahih untuk hulur bantuan itu lebih penting,” katanya.

Sementara itu, Aaron turut menegur sikap segelintir yang hanya bersuara untuk mendapatkan perhatian serta menyifatkan pihak yang mengambil kesempatan terhadap isu tular adalah hipokrit.

“Banyak lagi isu di Malaysia yang boleh bersuara contohnya kes penderaan, buli atau kesihatan mental. Kenapa tak bersuara?

“Kalau nak bela, bela semua orang. Jangan hanya kerana Gaza dapat naikkan nama, dapat tumpuan dan pujian, baru sibuk nak jadi aktivis. Itu hipokrit.

“Lagi satu, saya tak suka orang tunggang sesuatu isu contohnya kes arwah Zara. Ada yang jual baju-T, buat kenyataan dan tiba-tiba jadi aktivis lakukan siaran langsung.

“Pada saya itu hipokrit, dah tular baru sibuk. Dapat naikkan nama, dapat tumpuan, pengikut baharu dan pujian daripada orang,” katanya.

Sumber: Oh Bulan


Scroll to Top