“Bila Telefon Dibuang Ke Laut, Ertinya Saya Sudah Ditangkap” 

“Bila Telefon Dibuang Ke Laut, Ertinya Saya Sudah Ditangkap” 

Pelakon Ardell Aryana yang kini mengikuti misi Global Sumud Flotilla mendedahkan prosedur yang perlu dipatuhi sekiranya bot mereka diserang.

Menerusi sesi siarang langsung di TikTok, Ardell berkata setiap sukarelawan sudah dimaklumkan mengenai prosedur yang perlu diikuti apabila berdepan ancaman keselamatan.

BACA: Ibu Ardell Bakal Jalani Pembedahan Potong Dua Kaki

“Bila telefon dibuang ke laut, itu tanda saya sudah ditangkap,” katanya.

Menurut Ardell lagi, ,rakaman kecemasan akan dilakukan untuk menunjukkan keadaan di atas bot serta sebagai bukti kapal misi bantuan tidak membawa sebarang senjata.

“Saya akan keluar dengan memakai jaket keselamatan dan terus rakam menunjukkan bahawa bot kami tiada barangan tajam. Pisau, garfu atau apa sahaja akan dikumpulkan dan dibuang ke laut. Ini adalah misi bantuan semata-mata,” katanya.

Tambah Ardell lagi, rakaman akan diteruskan sehingga ketua misi memberi arahan untuk membuang telefon.

“Apabila ketua arahkan ‘buang telefon kalian’, saya orang terakhir akan membuang telefon. Ketika itu, rakaman secara langsung masih berjalan, memberi peluang dunia melihat siapa yang menindas siapa,” katanya.

Jelas Ardell lagi, seandainya telefon telah dicampak ke laut, bermakna semua sukarelawan telah ditawan dan komunikasi dengan dunia luar sudah pun terhenti.

“Selepas itu, saya serahkan semuanya kepada Allah. Jangan risau tentang kami, kami ada Allah. Ini bukan misi yang mudah, seperti yang semua orang tahu. Tapi ia amanah yang kami pikul demi menyampaikan mesej keamanan dan bantuan,” katanya.


Scroll to Top