Nama pempengaruh media sosial, Aisar Khaled kembali mencuri perhatian selepas tular rakaman dirinya diusir seorang individu ketika cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Bali, Indonesia.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang warga Indonesia turut menyuarakan rasa kurang senang dengan kehadiran pempengaruh berusia 25 tahun itu.
“Wahai rakyat Malaysia, tolong bawa pulang Aisar Khaled. Kami merayu, apa sebenarnya yang dia cuba lakukan?,” tulis individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang bergurau, malah ada yang secara berseloroh menolak ‘permintaan’ jiran seberang itu untuk menghantar pulang Aisar.





