Ardell Aryana Sebak, Mohon Maaf Jika Tak Dapat Teruskan Misi Kemanusiaan

Ardell Aryana Sebak, Mohon Maaf Jika Tak Dapat Teruskan Misi Kemanusiaan

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana meluahkan rasa sedih sekiranya kemungkinan dia tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Semenanjung Gaza.

Menerusi video siaran langsung yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Ardell dilihat menangis serta memohon maaf seandainya terpaksa menarik diri kerana faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

BACA: Drone Makin Banyak, Ardell Minta Nadzmi Adhwa Bertenang

“Mungkin saya tak sampai ke sana walaupun dalam lebih kurang enam hari saja lagi nak sampai. Apa-apa pun kita serah kepada perancangan Allah. Saya harap korang doakan saya.

“Kalau Allah kata kesihatan saya memang tak mengizinkan, saya harap korang terus ‘support’ kawan-kawan saya,” katanya.

Sementara itu, Ardell turut meminta orang ramai supaya tidak berhenti untuk memberikan sokongan serta bersuara mengenai misi kemanusiaan itu.

“Jangan berhenti bersuara mengenai misi keamanan tanpa senjata ini serta untuk saudara kita di Gaza.

“Kita hanya mampu merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Korang doakan yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan saya,” katanya.


Scroll to Top