Anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Danish Hakim berkata selepas melakukan solat sunat istikharah dia membatalkan hasrat untuk menjadi pelakon.
Memetik mStar Online, Danish berkata dia melihat berlaku kejadian yang disifatkan toksik dalam dunia hiburan sehingga hilang minat untuk menjadi artis.
BACA: Danish Hakim Ajak Aslam Jumpa?
“Saya tarik semula kenyataan yang saya cakap mahu masuk bidang lakonan. Sekarang ini saya sudah hilang minat.
“Sebabnya saya ada nampak benda toksik yang berlaku. Ingatkan industri ini semuanya gembira sahaja, tapi bila baru masuk sikit sahaja, sudah nampak toksiknya,” katanya.
Sementara itu, Danish berkata dia turut melakukan solat istikharah untuk mendapatkan kepastian dan buat masa ini dia tidak mahu masuk dalam dunia hiburan.
“Saya buat solat istikharah, tepuk dada tanya selera, jadi saya ‘backoff’ dulu. Ibu bapa saya tiada masalah, mereka lagi suka,” katanya.
Sumber: mStar Online




