Pelakon Datin Intan Najuwa mendedahkan mengenai seorang pereka fesyen terkenal yang gagal melunaskan bayaran pinjaman yang telah dipersetujui sebelum ini.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Intan berkata ketika memerlukan bantuan pinjaman pereka tersebut berjanji manis namun mengelak apabila tiba masa untuk membayar balik.
BACA: “Siapa Rasa Intan Najuwa Makin Seksi? Ketat Macam Bungkus Badan” – Netizen

“Ada satu pereka fesyen popular ini, ketika perlukan perlukan pinjaman dan saya nak buat pelaburan, janji manis bukan main.
“Bila tiba masa bayar balik, ikut perjanjian hitam putih, jumlah yang dipersetujui, tiba- tiba jadi ular, pandai putar belit. Kalau sikit tak mengapa tetapi berjuta ya jumlahnya. Tak apa kami ada perjanjian, bukti dan peguam,” katanya.
Menurut Intan lagi, pinjaman tersebut mencecah jutaan ringgi dan pereka fesyen itu mempamerkan kemewahan serta pergi bercuti namun tidak melangsaikan hutang serta tidak sabar untuk mendedahkan siapa individu berkenaan.
“Sangat kelakar, hidup mewah tayang sana ini, kereta dan bercuti tetapi nak langsaikan hutang yang wajib dibayar pun tidak boleh.
“Kekayaan sebenar bukan apa yang ditunjuk tetapi bagaimana hormat janji dan amanah. Tidak sabar nak dedahkan siapa,” katanya.
Sementara itu, Intan berkata dia tidak merancang untuk dedahkan perkara itu di media sosial namun sudah bertahun-tahun dia bersabar serta berusaha untuk selesaikan secara baik.
“Dari mula lagi saya mahu tenang, tiada drama dan sudah tentu tidak mahu perkara ini menjadi lebih teruk. Tetapi perkara ini sudah berlalu selama bertahun lamanya
“Tapi yang ini paling sukar. Bila nak bayar balik, macam-macam alasan, pusing cerita seolah-olah kami tak tahu undang-undang, sedangkan semuanya sudah hitam putih dalam kontrak,” katanya.




