Isteri Cari Suami Sebab Location ‘Berhenti’ Satu Jam Di KK, Ingatkan Kemalangan

Isteri Cari Suami Sebab Location ‘Berhenti’ Satu Jam Di KK, Ingatkan Kemalangan

Trending

Kantoi sebab location lebih satu jam di KK rupa-rupanya.


Kecoh di media sosial semalam video memaparkan suami kantoi menemani skandalnya ke klinik kesihatan.

BACA: Suami Kantoi Teman Skandal Ambil Ubat Di KK, Puas Hati Bila Isteri Lempang Berkali-Kali!

Isteri yang berang berdepan dengan suami serta skandalnya untuk meminta penjelasan. Namun, suami menafikan sekeras-kerasnya mereka mempunyai hubungan.

“Ingatkan suami kemalangan..”

Terbaru, isteri mendedahkan dia ke klinik tersebut selepas mendapati ‘location’ suaminya berada di situ lebih satu jam.

Kk

Dia segera bergegas seorang diri dan melihat suaminya bersama wanita lain. Difahamkan, suaminya juga tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat.

Lebih menyedihkan apabila selepas bertengkar di klinik, suaminya pulang bersama wanita terbabit dan tidak pulang ke rumah.

Pssttt! Kesian pula isteri, betul-betul risaukan suami tup tup lain pula yang jadi. Sebagai seorang suami, cubalah jadi lelaki ‘limited’ yang setia kepada seorang isteri ya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top