‘Kita risau sebab syarikat pakaian ini bukan company kecil. Dan kami bukan tolak rezeki cuma Tiara ni orangnya random’, demikian luahan dan pendapat pelawak dan penyanyi, Achey atau nama penuhnya, Mohd Nasir Hamzah selepas anaknya, Tiara ditawarkan menjadi duta.
Menerusi perkongsian di TikTok, Achey menjelaskan, dia bukanlah mahu menolak rezeki di atas tawaran Tiara menjadi duta syarikat pakaian terbesar di Malaysia itu, sebaliknya mengambil berat terhadap tugasan yang bakal dipikul anak kesayangannya kelak.
Tambah Achey, dia juga tidak mahu merosakkan nama baik syarikat besar itu sekali gus bersyukur dan menghargai tawaran yang diberikan.
“Saya cuma fikir apa yang dia boleh buat. Ini bukan soal imbuhan ke apa bukan.. Cuma originality dia macam begitu, jadi kita takut apa permintaan Jakel untuk buat benda tu untuk Tiara deliver satu-satu tugasan saya jadi takut. Takut dia tak mampu.
“Jadi kita tak mahu merosakkan nama baik syarikat ini itu maksud saya. Saya bukan tolak rezeki, ada rezeki saya bersyukur sangat. Takut dia tak mampu nak buat tugasan itu macam orang lain. itu sahaja.
“Jual candy sekalipun saya okay yang penting Tiara mampu,” katanya.




