Pelakon Suriati Baharom meluahkan rasa bangga dan gembira apabila anak perempuannya, Camelia Natasya terpilih sebagai finalis Dewi Remaja 2025.
Memetik Astro Gempak, Suriati berkata Natasya seorang sahaja satu-satunya anak yang menunjukkan minat dalam dunia seni sert bangga anaknya boleh menyambung legasinya.
“Saya rasa gembira apabila dia berjaya mendapat tempat sehingg menjadi finalis. Sangat bangga, dia boleh menyambung dan mewarisi bakat saya dalam dunia seni.
“Dalam keluarga, dia seorang sahaja yang berminat dalam bidang lakonan, bidang seni. Jadi, bila ada seorang anak seperti ini, saya teringat zaman muda dahulu.
“Alhamdulillah, apa yang kami impikan Allah dengar. Terima kasih kepada Astro yang bagi peluang kepada Camelia untuk mengembangkan bakat yang dia miliki,” katanya.
Untuk rekod, Natasya juga merupakan anak kepada pengarah Khir Mohd Noor ini pernah membintangi dua filem iaitu Miimaland dan Banglo No 99 selain beberapa drama lain.
Sumber: Astro Gempak




