Polis Sahkan Brek Lori Punca Tragedi Ragut Nyawa Bayi Di Plaza Tol Kajang

Polis Sahkan Brek Lori Punca Tragedi Ragut Nyawa Bayi Di Plaza Tol Kajang

Trending

Bayi maut dalam kemalangan lori rempuh tiga kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang.


Tular sejak semalam tragedi menyayat hati berlaku di Plaza Tol Bukit Kajang, Lebuhraya SILK, iaitu sebuah lori merempuh tiga kenderaan lain selepas dipercayai mengalami masalah brek.

Lapor Berita Harian, dalam kejadian itu, seorang bayi lelaki berusia setahun empat bulan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Lori alami masalah brek sebelum rempuh

Manakala tujuh lagi mangsa dilaporkan cedera dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, Serdang serta KPJ Kajang.

Lori

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan siasatan awal mendapati lori terbabit dipandu dari arah Semenyih menuju Putrajaya sebelum hilang kawalan akibat kegagalan brek.

Kegagalan sistem brek menyebabkan lori itu melanggar tiga kenderaan yang sedang menuju ke lorong tol lapan dan lorong tol sembilan Plaza Tol.

Naazron berkata pemandu lori berusia 42 tahun telah ditahan dan direman bagi tujuan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dipenjara antara lima hingga sepuluh tahun, denda maksimum RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun.

Peringatan untuk pemandu

Pihak polis turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan berhemah serta mematuhi undang-undang demi keselamatan bersama.

Selain lori berkenaan, kenderaan lain yang terlibat dalam nahas ini ialah sebuah pikap, kereta dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kajang, Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan.

Pssttt! Sungguh tragis apabila nyawa seorang bayi tidak berdosa menjadi korban dalam nahas ini. Diharapkan semua pemandu lebih berhati-hati di jalan raya dan memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik bagi mengelakkan tragedi sebegini berulang.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top