“Benda Dah Berlaku, Jadi Biarlah” – Dayang Areeda Jawab Dakwaan Foto Bercium

“Benda Dah Berlaku, Jadi Biarlah” – Dayang Areeda Jawab Dakwaan Foto Bercium

Namanya terkena tempias susulan tular foto ‘comolot’ pasangan selebriti yang ditemui di photoboot di pusat beli belah, pelakon Dayang Areeda berkata dirinya sedikit sebanyak terganggu.

Memetik mStar Online, pelakon berusia 31 tahun itu bagaimanapun enggan memangjangkan isu berkenaan serta tidak mahu memberi komen lebih lanjut.

BACA: Dua Pelakon Popular ‘Comolot’ , Gambar Tersebar Di Pusat Beli Belah?

“Emosi saya memang terganggu sebab benda itu, Sudah tentu rasa sedikit down sebab saya rasa benda-benda macam itu tak patut. Tapi benda dah berlaku, jadi biarlah. Saya tak nak komen lanjut tentang perkara itu,” katanya.

Tambah Dayang lagi, dia tidak tahu tentang foto berkenaan namun terkejut apabila mendapat tahu daripada peminat di media sosial.

“Tak tahu pun sebenarnya gambar tu pasal saya. Memang tak tahu langsung sampai ada orang tag. Saya rasa ternampak dekat TikTok. Mula-mula memang terkejut bila tengok,” katanya.

Bagaimanapun, Dayang berkata dia memilih untuk tidak terlalu memikirkan berkenaan isu tersebut dan mahu fokus kepada kehidupan serta kerjaya.

“Saya okey. Saya teruskan hidup. Sekarang saya sibuk dengan kerja, cuti dan juga uruskan kafe serta perniagaan,” katanya.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top