
Amorim (kiri) terus dikritik kerana enggan mengubah formasi kegemarannya 3-4-3. Foto Agensi
WAYNE Rooney melontarkan kritikan pedas terhadap bekas kelabnya, Manchester United dengan mendakwa jiwa The Red Devils sudah hilang dan beliau langsung tidak percaya Ruben Amorim mampu mengubah keadaan.
Legenda United itu berkata, beliau kini hadir ke perlawanan dengan jangkaan pasukan akan tewas, sambil menyifatkan sebahagian pemain tidak layak menyarung jersi dan kelab memerlukan ‘enjin baharu’.
Kekalahan 1-3 kepada Brentford hujung minggu lalu menyaksikan United kekal di tangga ke-14 Liga Perdana Ingeris (EPL), dengan hanya 34 mata daripada 33 perlawanan liga di bawah Amorim.
“Saya tidak nampak sebarang tanda yang boleh memberi keyakinan.
“Pada pandangan saya, perubahan besar perlu dilakukan sama ada pengurus, pemain atau apa sahaja yang diperlukan untuk mengembalikan Manchester United,” tegas Rooney.
Rooney turut menegaskan kelab memerlukan hala tuju jelas daripada pemilik, sama ada daripada keluarga Glazer atau Sir Jim Ratcliffe.
“Mesti ada mesej jelas daripada pemilik.Buat masa sekarang, semua hanya menunggu ia runtuh,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Wayne Rooney melontarkan kritikan pedas terhadap bekas kelabnya, Manchester United dengan mendakwa jiwa The Red Devils sudah hilang
- Legenda United itu berkata, beliau kini hadir ke perlawanan dengan jangkaan pasukan akan tewas dan menyifatkan sebahagian pemain tidak layak menyarung jersi
- Kekalahan 1-3 kepada Brentford hujung minggu lalu menyaksikan United kekal di tangga ke-14 Liga Perdana Ingeris dengan hanya 34 mata daripada 33 perlawanan di bawah Amorim
- Rooney menegaskan perubahan besar perlu dilakukan sama ada pengurus, pemain atau apa sahaja yang diperlukan untuk mengembalikan Manchester United
- Rooney turut menegaskan kelab memerlukan hala tuju jelas daripada pemilik, sama ada daripada keluarga Glazer atau Sir Jim Ratcliffe
Harga lama: RM2.05/L
Harga baharu: RM1.99/L
Anda jimat RM0.06 setiap liter



