“Jeritan Tak Putus”- Nights of Fright 11 Kini Kembali Lebih Seram Dari Sebelumnya | Branded – Oh! Media

“Jeritan Tak Putus”- Nights of Fright 11 Kini Kembali Lebih Seram Dari Sebelumnya | Branded – Oh! Media

Langit senja berubah gelap, jeritan memecah sunyi. Boneka mula bergerak dengan sendiri. Kalau korang fikir semua itu cuma mimpi, tunggu sehingga korang melangkah masuk ke Nights of Fright 11 (NOF11) di Sunway Lagoon. 

Tahun ini, Puppetmaker menjadi dalang utama, dan korang hanyalah boneka yang terperangkap di pentas ketakutannya.

Pada korang yang suka benda-benda seram dan ‘dark’.

Festival seram terbesar di Malaysia ini kembali dari 26 September hingga 2 November 2025, setiap malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Selepas sebelas tahun, ia bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman yang confirm buat korang rasa seram, terkejut dan terhibur dalam masa yang sama.

Puppetmaker: Jadi Bayang Yang Mengawal Gerak-Geri Korang!

Press Release   1 Nights of Fright® 11   Fear the Night Feel the Fright 25 August 2025

Edisi kali ini dirasmikan dengan persembahan dramatik Puppetmaker bersama Hantutu – Hantu Bertutu. 

Dari kereta mayat merah jambu, balet berhantu hingga bunga api menyeramkan di langit, setiap detik memberi amaran jelas: masuk saja ke dalam taman tema, tiada ruang untuk rasa selamat.

“Nights of Fright telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar festival Halloween; ia telah menjadi pentas pertemuan antara budaya Malaysia dengan dunia seram global, mencipta pengalaman yang unik dan sukar dilupakan,” kata Michelle Soong, Penolong Pengurus Besar, Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Sunway Theme Parks.

Rumah Hantu & Zon Seram Yang Penuh Jebakan

Nof 11 1

Kalau korang nak tau, NOF11 kali ini hadir dengan 7 tarikan baru dan 2 kegemaran lama – gabungan yang cukup untuk buat korang menjerit tak berhenti. 

  • 8 Rumah Seram – Karak: The Kampong Killers, Tiki Terror, The Puppetmaker, The Blind Box, Horrorwood Studios (baru), Legends of Horror, The Freezer 2: High Voltage, dan Fortunes & Freaks.
  • 1 Teater Seram – Scary Tales Theater menampilkan Nadia Brian sebagai PontianAxe.
  • 3 Zon Seram – Hantu Hell, Pontianak X Pocong, dan Horrorwood Boulevard: Slashers & Dolls.
  • 13 permainan adrenalin dan 2 pentas persembahan langsung.

Pontianak, pocong, hantu kampung, dan watak seram antarabangsa semua berkumpul di satu tempat. Tidak kira ke mana korang lari, akan ada yang setia ‘menemani’.

Pengalaman Eksklusif Yang Lain Dari Bias

Tak cukup dengan itu, NOF11 tahun ini lebih istimewa dengan kolaborasi seram yang lebih pelik dan menghiburkan.

Kolaborasi dengan Libresse menampilkan Escape of Hantu Kum Kum, sebuah escape room yang buat korang tertanya-tanya siapa sebenarnya yang kunci pintu.

Kemudian ada pula Poh Kong: Villain Hitting dengan ritual misteri diolah semula untuk festival ini serta figuran kegilaan masa kini Pop Mart yang memberikan pengunjung peluang ambil gambar “comel” dalam suasana seram yang buatkan senyuman korang nampak scary.

Lepas menjerit dan lari dari ketakutan mestilah lapar kan?

Jangan risau dekat NOF11 ni menyediakan makanan jalanan bertema seram serta booth eksklusif menanti untuk buat pengalaman korang jadi lebih gila.

Maklumat Tiket: Kunci Masuk Ke Dunia Kegelapan

Untuk masuk ke dunia Puppetmaker, ada dua pilihan:

  • RM128 – Tiket masuk + baucar popcorn berperisa misteri.
  • RM226 – Tiket masuk + laluan ekspres (tak perlu beratur panjang) + baucar popcorn misteri.

Tiket boleh dibeli melalui Sunway Super App (SSA), OTA dan laman web rasmi Sunway Lagoon. Tempah segera di sunwaylagoon.com/nightsoffright11 sebelum habis.Sebelas tahun, jutaan jeritan, dan beribu-ribu pengunjung yang pernah melangkah ke dunia ini. Tahun ini, giliran anda pula. Soalannya mudah: adakah korang berani berdepan Puppetmaker, atau korang hanya akan jadi boneka yang menjerit dalam kegelapan?

author avatar

Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Scroll to Top