Pelakon dan pelawak Along Cham sah bercerai talak satu dengan isterinya, Afreena Suhaimi di Mahkamah Rendah Syariah Sepang hari ini.
Memetik Oh Bulan, keputusan itu dicapai selepas Hakim Muhamad Nazri Basrawi mengesahkan telah berlaku lafaz talak dalam perkahwinan pasangan itu pada 18 Jun lalu.
BACA: Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua
Hakim turut kemudian mengarahkan Afreena menjalani tempoh idah selama tiga kali suci serta berpesan kepada kedua-dua pihak agar mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.
Terdahulu, mahkamah meminta Afreena untuk mengangkat sumpah nafi berhubung dakwaannya yang menyatakan tiada rujuk dibuat oleh plaintif sepanjang tempoh idah.
Sebelum ini, Along memfailkan permohonan lafaz taklik pada Januari lalu selepas mendakwa isterinya melanggar tiga perkara termasuk tidak patuh arahan dan membelakangkan suami.
Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena pada 4 April tahun lalu. Along didakwa melafazkan cerai di rumahnya di Cyberjaya pada Julai 2024.
Sumber: Oh Bulan



