Perkongsian pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam menjadi perhatian apabila memuat naik video membuat kejutan buat isteri pertamanya, Umisya Mazlan.
Menerusi hantaran berkenaan, Aslam menyifatkan Misya individu yang sentiasa menjadi tulang belakangnya dan isterinya sentiasa mengutamakan orang lain.
BACA: “Lupa Ada Dua Rumah” – Abang Tesla Dedah Aslam Beli Tiga iPhone 17 Pro Max
“Alhamdulillah, hari ini saya berkelapangan untuk bahagiakan orang yang selalu menjadi tulang belakang saya. Teruntuk sayangku, setiap hari saya tengok awak kuat walaupun penat jaga anak-anak, kerja, urus rumah sampai tidur pun tak tentu.
“Tapi sayang tetap senyum dan jadi tiang untuk keluarga kita. Kadang saya kesian tengok tapi dalam penat itu awak masih lagi ingat semua orang. Letak semua orang dulu sebelum diri awak,” katanya.
Menurut Aslam, sebagai suami dia akan berusaha untuk membahagiakan isterinya itu serta menyifatkan Misya merupakan kawan, isteri serta ibu yang terbaik.
“Saya selalu doa agar awak sentiasa bahagia. Bila awak bahagia, semua orang rasa tenang. Jadi, hari ini saya ambil kesempatan kongsikan rezeki.
“Saya nak awak rasa dihargai macam mana awak selalu hargai semua orang. Apa yang saya bagi, mungkin tak boleh membalas segala jasa awak. Saya cuba sedaya upaya untuk membahagiakan awak.
“Terima kasih sayang selalu jadi kawan, isteri, dan ibu yang terbaik buat anak-anak. Semoga Allah menjaga hubungan kita hingga akhir hayat,” katanya.




