Pada 27 September lalu, pelakon Nur Fazura menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-42 serta dilihat berkongsikan momen sambutan hari lahirnya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang menjadikan semuanya begitu istimewa sempena ulang tahun kerlahirannya itu.
BACA: “Respect Fazura Izinkan Fatima Datang Wedding Fattah, Fattah Sentiasa Ada Dengan Fatima”
Dalam hantaran berkenaan, Fazura turut memuat naik gambar memaparkan hadiah-hadiah yang diterima termasuk beberapa jambangan bunga.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Fazura dikelilingi ramai yang menyayanginya serta melihat ketenangan dan kebahagiaan di wajah pelakon itu.
Tidak kurang juga, ada yang mengusik dengan mengatakan hadiah-hadiah yang diterima Fazura seperti hantaran.

Sumber: Xtra



