12 Sukarelawan Malaysia Ditahan, Zahid Hamidi Kecam Kezaliman Pendatang Haram! | Trending – Oh! Media

12 Sukarelawan Malaysia Ditahan, Zahid Hamidi Kecam Kezaliman Pendatang Haram! | Trending – Oh! Media

Trending

12 sukarelawan Malaysia termasuk Zizi Kirana dan Farah Lee ditahan Israel ketika bawa misi kemanusiaan ke Gaza. Zahid Hamidi kecam kezaliman Zionis!


Tindakan tentera Zionis menahan konvoi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa misi kemanusiaan ke Gaza sekali lagi mendedahkan wajah sebenar Israel sebagai rejim penjajah tanpa hati perut.

Menurut laporan Harian Metro, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam keras tindakan tidak berperikemanusiaan itu yang dilakukan terhadap sukarelawan yang hanya membawa bekalan penting untuk rakyat Palestin yang sedang menderita akibat sekatan zalim.

Misi ini adalah simbol solidariti, kasih sayang dan harapan dunia terhadap Palestin.

Tindakan Israel bukan saja satu bentuk kezaliman terhadap rakyat Gaza, tetapi juga penghinaan terhadap suara kemanusiaan sejagat.

12 Wira Malaysia antara yang ditahan

Ohmedia sumud Ditahan

Setakat ini, 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi berkenaan dilaporkan ditahan selepas kapal mereka dipintas tentera Israel.

Antara yang ditahan ialah:

  • Farah Lee & Danish Nazram (Kapal Grande Blu)
  • Zizi Kirana (Kapal Huga)
  • Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin & Rusydi Ramli (Kapal Sirius)

Mesej SOS kecemasan turut dikongsikan melalui media sosial Sumud Nusantara, mengesahkan mereka kini berada dalam tahanan Israel.

Keselamatan wira kemanusiaan Sumud adalah keutamaan

Ohmedia sumud Malaysia Ditahan

Ahmad Zahid berkata Malaysia akan menggunakan semua saluran sah untuk memastikan keselamatan wira kemanusiaan negara ini terjamin.

Keselamatan mereka adalah keutamaan dan dalam hal ini, kita tidak akan berkompromi. Saya sendiri mengikuti rapat perkembangan misi ini sejak awal.

Beliau turut menzahirkan doa agar semua sukarelawan tabah menghadapi dugaan besar ini, selain menegaskan Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Palestin hingga keadilan dan kebebasan tercapai.

Pssttt! Bila menyentuh soal Palestin, kita bukan sekadar bercakap tentang politik, tetapi soal kemanusiaan sejagat. Teruskan sokongan dan doa, kerana setiap suara kita adalah bentuk perjuangan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top