Situasi tegang misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) semakin mendapat perhatian selepas aktivis, Nadir Al-Nuri, mendedahkan bahawa sukarelawan yang ditahan rejim Israel sudah mula tiba di pelabuhan Ashdod.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau memaklumkan bahawa pasukan peguam GSF kini telah berhubung dengan mereka bagi memberikan khidmat guaman.
Wira-wirawati Sumud dibawa ke pelabuhan Ashdod

Terdahulu, Berita Harian melaporkan, lima peguam Malaysia kini berada di Amman, Jordan untuk memastikan hak delegasi negara yang ditahan tidak dicabuli.
Peguam bersedia di Jordan

Mereka termasuk Dir Kheizwan Kamaruddin, Fahmi Abd Moin, Azril Mohd Amin, Ahmad Nazrin Abu Bakar dan Luqman Mazlan.
Salah seorang wakil Dir Kheizwan berkata, kemungkinan besar delegasi Malaysia yang ditahan akan dihantar balik melalui Jordan. Pihak peguam kini bersedia dalam apa jua keadaan.
Jika deportasi dibuat melalui Mesir, pihaknya akan ke Mesir.
Rejim Israel sebar propaganda tak benar mengenai GSF
Dalam perkongsian terbarunya, Nadir turut menempelak usaha rejim Israel yang cuba menyebarkan video propaganda untuk memburukkan peserta flotila.
Beliau menyifatkan Menteri Keselamatan Israel, Ben Gvir, terlalu “try hard” untuk menggambarkan peserta GSF sebagai pengganas.
Beliau juga menjelaskan bahawa dakwaan Israel kononnya hanya ada satu kotak bantuan adalah tidak benar kerana team Sumud Nusantara sendiri yang membeli, membungkus dan mengagihkan pek bantuan untuk dibawa ke dalam kapal.

Nadir turut berkongsi bahawa beberapa wajah peserta Malaysia dapat dilihat dalam rakaman tersebut termasuk Kakja, Ika (The Helmis) serta rakan-rakan lain. Menurutnya, semangat mereka tetap tinggi meskipun ditahan.
Pssttt! Dari perkongsian Nadir, jelas semangat wira-wirawati Sumud kita tidak pernah luntur walau ditahan. Dengan peguam Malaysia di medan hadapan, perjuangan kemanusiaan ini tetap diteruskan walau cuba dicemari propaganda Israel.
Kredit: Berita Harian | Facebook Nadir Al-Nuri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




