Guru disyaki rogol pelajar di parkir pusat beli-belah direman

Guru disyaki rogol pelajar di parkir pusat beli-belah direman

am@hmetro.com.my

Balik Pulau: Seorang guru sekolah menengah di Seberang Perai di sini, direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.

Perintah reman terhadap suspek berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Chia Huey Ting, berkuat kuasa hari ini hingga 6 Oktober depan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai kemeja-T lengan panjang berwarna kuning dan seluar sukan, tiba di mahkamah pada jam 8.14 pagi dengan diiringi anggota polis.

Difahamkan, suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya selepas mangsa, yang juga pelajar di sekolah sama, membuat laporan mengenai kejadian itu.

Mangsa melaporkan dirogol oleh suspek di tempat letak kereta terbuka sebuah kompleks beli-belah di Persiaran Bayan Indah di sini, pada November lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top