Pelakon Janna Nick tidak dapat menahan rasa marah apabila ada yang mempersoalkan mengenai penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Menerusi perkongsian di Instagram, Janna menyifatkan golongan tersebut bodoh sombong serta meminta untuk tidak mempertikaikan kebaikan dilakukan orang lain jika tidak mampu berbuat demikian.
BACA: Pindah London, Sewa Rumah Janna Nick RM22,000 Sebulan
“Celakah siapa yang pertikaikan kenapa perempuan pergi. Bodoh nak mampus. Siapa yang asyik komen-komen negatif pasal perjuangan pasal perjuangan para aktivis ini semua korang memang bodoh. Kaya tapi bodoh sombong.
“Kalau tak mampu nak buat kebaikan jangan pertikai akan usaha, kebaikan dan pengorbanan orang lain. Kau ingat deorang live live dekat TikTok tu seronok-seronok ke?” katanya.
Sementara itu, Janna berkata mereka yang menyertai misi tersebut membuat siaran langsung untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai misi berkenaan.
“Kalau dulu ada makcik cakap ‘I tak boleh duduk dengan orang B40’, hari ini saya nak cakap, ‘I tak boleh duduk dengan orang T20 tapi bodoh sombong,” katanya.




