Netizen Lancar Gerakan Boikot Rizalman

Netizen Lancar Gerakan Boikot Rizalman

Sejak semalam nama pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menjadi bualan ramai susulan kenyataannya berkenaan wanita yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla.

Dalam hantaran tersebut, Rizalman dipercayai mempersoalkan mengenai soal mahram serta menyentuh tentang kepentingan wanita ditemani mahram dalam apa jua perjalanan.

BACA:Datuk Rizalman Dilantik Profesor Adjung Jabatan Al-Quran & Al-Hadith UM

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang serta kecewa dengan padangannya itu sehingga ada yang membuat keputusan tidak mahu lagi mengikuti Rizalman di media sosial.

Sementara itu, ada netizen megnatakan mereka memahami apa yang suba disampaikan oleh Rizalman mengenai isu wanita yang mahu bermusafir tanpa mahram.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top