Fazura Tangguh Kongsi Momen Birthday Fatima, Hormati Perjuangan GSF 

Fazura Tangguh Kongsi Momen Birthday Fatima, Hormati Perjuangan GSF 

Pelakon dan usahwan, Nur Fazura menzahirkan ucapan terima kasih buat mereka yang menitipkan ucapan serta hadiah sempena ulang tahun kelahiran anaknya, Nur Fatima Aisya yang ke-5 baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura bagaimanapun berkata dia memilih untuk menangguhkan perkongsian momen ulang tahun kelahiran anaknya itu demi menghormati misi bantuan kemanusiaan, Global Sumud Flotilla (GSF).

BACA: Netizen Usik Hadiah Hari Jadi Fazura Dah Macam Hantaran

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala kasih sayang, ucapan, doa serta hadiah yang diberikan sempena hari lahir puteri saya, Fatima. Saya amat menghargai setiap seorang daripada anda yang berhati mulia serta pemurah,” katanya.

Sementara itu, Fazura berkata dia telah pun merakam video hadiah yang diterima namun memilih untuk tidak memuat naik susulan apa yang berlaku dan perhatian kini tertumpu pasa misi GSF dan G4z4.

“Saya telah merakamkan hadiah-hadiah tersebut, namun mohon maaf kerana memilih untuk memuat naiknya sedikit lewat.

“Saya merasakan sekarang kurang sesuai dan agak tidak elok untuk dikongsikan pada waktu sukar ini. Dengan penuh kasih sayang, segala perhatian kini tertumpu kepada Global Sumud Flotilla dan Gaz4,” tulisnya


Scroll to Top