Pelakon Datuk Aaron Aziz mengambil tindakan undang-undang terhadap individu didakwa terlibat dalam penyebaran fitnah terhadap dirinya dan keluarga.
Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron berkata isu tersebut turut memberi kesan terhadap anak-anaknya yang kini sedang melanjutkan pengajian di luar negara.
BACA: “Orang Susah Pun Ada Maruah” – Aaron Aziz Tegur Jangan Rakam Bila Beri Bantuan
Sementara itu, Aaron turut berharap agar segalanya dipermudahkan dan dia akan terus mempertahankan keluarganya.
“Bismillah Ya Allah permudahkan urusan kami, anak-anak saya di luar negara hamba tak dapat nak peluk dan tenangkan mereka dan birthday anak saya disambut dengan tangisan. Daddy will defend you guys till i die,” katanya.
Terdahulu, tular video suntingan menunjukkan seolah pelakon berasal dari Singapura itu mempertikaikan tindakan aktivis kemanusiaan GSF, sekaligus ramai netizen mengecamnya.
Bagaimanapun, Aaron meminta netizen untuk menonton video penuh temu bual berkenaan. Aaron turut menegaskan dia tidak pernah memperkecilkan usaha mana-mana pihak yang dalam menyokong Palest*n.



