H: Enam pasangan TTMM berentap semula dalam Grand Finale
Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my
Foto Hazreen Mohamad
Shah Alam: Program Talk To My Manager (TTMM) ditambah satu minggu lagi iaitu Grand Finale yang akan berlangsung pada Ahad depan.
Perkara itu diumumkan pengacara, Datuk Aznil Nawawi di penghujung rancangan itu sekali gus kesemua enam pasangan artis dan pengurus akan berentap semula.
Episod minggu ketujuh yang berlangsung malam tadi juga menyaksikan ketidakhadiran peserta, Talita Zahra yang juga anak kepada Shuib Sepahtu kerana dijangkiti Influenza A.
“Pada 1 Oktober, Talita disahkan positif Influenza A. Jadi, doktor menasihatkan agar dia dikuarantin.
“Dia sepatutnya berduet dengan Amad, tapi selepas berbincang dengan produksi, tempatnya digantikan oleh Siti Saerah. Kami minta maaf sangat-sangat,” katanya.
Dalam episod itu, dua anugerah iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik, masing-masing dimenangi oleh pasangan Siti Saerah dan Amad, serta Liza Hanim dan Marsya.
Siti Saerah turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Most Valuable Manager pada minggu ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd



