Semalam, Ardell Aryana dimasukkan ke sebuah hospital di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan selepas mengalami tekanan darah rendah dan kecederaan ketika dalam tahanan tentera Israel.
Ardell dilapor ditarik rambut serta ditumbuk di bahagian muka oleh tentera Israel ketika rejim Z memintas kapal dinaikinya.
BACA: “Ardell Ditarik Rambut, Ditumbuk Dimuka, PU Rahmat Diarah Buka Pakaian”

Terbaru, suami Ardell yang juga pelakon Nadzmi Adhwa memaklumkan isterinya turut mengalami kesan kecederaan koyak pada bahagian bahunya.
“Ada lagi kecederaan juga dekat bahu Ardell, bahu dia koyak. Allahuakbar. Apa ni,” katanya.
Sementara itu, Nadzmi mendoakan tentera Israel yang melakukan sedemikian akan mendapat balasan paling teruk
“Semoga yang memperlakukan isteri saya itu mati dalam keadaan paling teruk sekali. Amin,” katanya.



