Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan dirinya menyanyi dalam tandas.
Dalam video berdurasi pendek itu, Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff bin Aziz, 34, dilihat mendendangkan lagu popular Siapa Yang Rampas Cintamu nyanyian asal kumpulan Ukays dalam suasana agak gelap.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah penampilan Aliff yang tidak berbaju, memperlihatkan tubuhnya yang kelihatan berpeluh atau mungkin masih basah seperti baru selesai mandi.
Menerusi ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap perkongsian pelantun lagu Sayang Sayang itu.
Ada yang menegur tindakannya, namun tidak kurang juga yang memuji vokalnya yang masih padu dan beremosi.





