Penyanyi dan aktivis Zizi Kirana berkongsi detik getir yang tidak akan dilupakan ketika ditahan dan diperlakukan secara biadab oleh tentera Israel.
Memetik Astro Awani, Zizi berkata dia bukan saja dipaksa menanggalkan pakaian, malah turut dihina kerana memegang al-Quran dan tudungnya ditarik.
BACA: Zizi Kirana Mohon Maaf Pada Suami, Minta Halalkan Makan Minum
“Saya pakai topi, dia suruh buka topi. Bila saya nak tenangkan diri, saya nak mengaji, dia ambil al-Quran saya, tarik dan tanya, ‘what is this?’
“Saya jawab, ‘this is Quran, this is my Quran.’ Tapi dia terus rampas,” katanya.
Menurut Zizi, dia turut diperiksa secara memalukan apabila dibawa ke pusat imigresen Israel apabila dia dipaksa untuk membuka hijabnya.
“Mereka suruh buka kasut, buka stokin, saya kata tak boleh, haram. Lepas tu mereka paksa saya buka tudung. Saya cakap, “no, it’s haram, I am Muslim”. Tapi mereka tarik juga tudung saya.
“Kawan-kawan saya yang bukan Islam pun menangis tengok. Mereka jerit, ‘be strong!’ Saya cuma mampu sebut, Ya Allah, Ya Allah… sambil mereka terus periksa dan suruh saya buka semua pakaian,” katanya.
Meskipun diperlakukan sedemikian, Zizi tetap mempertahankan prinsipnua sebagai wanita Muslim serta berdoa agar kezaliman tersebut akan diberikan balasan setimpal.
“Sampai di penjara pun mereka tak bagi pakai hijab. Inner baju saya digunting, kasut ditarik, tudung saya direntap lagi sebelum naik bas ke penjara. Tapi saya tetap pegang sisa hijab saya yang tinggal.”
“Ya Allah, berikanlah balasan yang setimpal dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap umat Islam di dunia ini,” katanya.
Sumber: Astro Awani




