Pegawai Tipu Isteri Konon Pergi Kursus, Rupa-Rupanya Bawa Janda Ke Hotel Di Batu Pahat

Pegawai Tipu Isteri Konon Pergi Kursus, Rupa-Rupanya Bawa Janda Ke Hotel Di Batu Pahat

Oh! Tidak

Pegawai lelaki ditahan bersama janda muda di hotel Batu Pahat selepas tipu isteri kononnya pergi kursus.


Tindakan seorang pegawai lelaki berusia lingkungan 50-an mengundang padah apabila dia ditahan bersama seorang janda muda di sebuah hotel di Batu Pahat oleh penguat kuasa JAINJ sekitar jam 12 tengah malam.

Dalam satu perkongsian Penguatkuasa JAINJ 2025, lelaki berstatus suami itu dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak.

Rahsia terbongkar lepas lama menjalin hubungan

Manakala wanita terbabit berusia 30-an bekerja di sebuah syarikat swasta. Difahamkan, mereka datang dari negeri lain sejauh lebih 100 kilometer kononnya atas urusan kursus.

Janda

Difahamkan, lelaki berkenaan memang sering dihantar kursus di luar negeri oleh majikannya. Namun, si isteri langsung tidak menyangka ‘kursus’ kali ini membabitkan pertemuan rahsia bersama janda terbabit.

Menurut laporan, hubungan mereka telah terjalin lama tanpa pengetahuan isteri kerana masing-masing pandai menjaga batas dan strategi.

Antara “teknik” yang digunakan termasuk menukar nama dalam telefon, memadam mesej selepas membaca, serta berwaspada bila berhubung.

Kena denda atau penjara

Jainj

Menurut pihak berkuasa, pasangan itu kini disiasat di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Pssttt! Kadang-kadang rasa cinta boleh menutup akal yang waras, terutama apabila mainan perasaan mengatasi tanggungjawab. Jangan kerana ingin mencari kebahagiaan sementara, maruah dan kepercayaan keluarga tergadai.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top