Oh! Artis
Pasangan selebriti, Amira Othman dan Fattah Amin di butik Dior Paris undang kecaman ramai.
Baru-baru ini, pasangan selebriti Amira Othman dan Fattah Amin mencuri perhatian ramai apabila satu video mereka di Paris tular di platform Threads.
Namun, kunjungan romantik mereka bertukar menjadi kontroversi selepas dilihat berkunjung ke butik mewah terkenal, Dior.
Netizen anggap tidak sensitif dengan isu semasa
Dalam rakaman yang dikongsi, pasangan itu kelihatan melangkah masuk ke kedai berjenama tersebut, namun tindakan itu mengundang kecaman ramai netizen yang mendakwa jenama Dior merupakan antara yang menyokong Israel.
Lebih membuatkan ramai berang, video kunjungan itu viral ketika aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) sedang berjuang menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Ramai berpendapat masa dan tempat yang dipilih tidak sesuai dengan situasi dunia sekarang.
Sebelum ini, Amira pernah berkongsi dalam siaran langsung bahawa dia tidak dapat tidur lena selepas mendengar khabar aktivis GSF ditahan oleh tentera Israel.
Malah, situasi itu lebih meresahkan apabila sahabat baiknya, Heliza Helmi, turut berada dalam kumpulan tersebut.
Pssttt! Dalam situasi sensitif melibatkan isu kemanusiaan seperti ini, tindakan selebriti mudah menjadi perhatian. Mungkin niat Amira dan Fattah sekadar melancong, tapi wajar juga mereka lebih berhati-hati dalam membuat pilihan agar tidak disalah tafsir oleh masyarakat.
Kredit: Threads | Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




