“Jangan Sebarkan Gambar Bukan-Bukan, Doakan Ardell Balik” – Nadzmi Adhwa

“Jangan Sebarkan Gambar Bukan-Bukan, Doakan Ardell Balik” – Nadzmi Adhwa

Usahawan dan pelakon, Nadzmi Adhwa memohon orang ramai untuk tidak memuat naik sebarang foto mengenai isterinya, aktivis kemanusiaan dan aktres, Ardell Aryana yang hanya akan mencetuskan spekulasi.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Nadzmi berharap agar netizen sebaliknya mendoakan agar Ardell segera pulang ke tanah air dengan selamat dan dalam keadaan baik.

Dalam masa sama, Nadzmi juga meluahkan rasa terharu dan syukur atas keprihatinan mereka yang tidak henti menunjukkan sokongan terhadap isterinya, Ardell yang sebelum ini teruk dilayan dalam tahanan penjara Isr**l.

“Minta masa dan doa sahaja ya untuk isteri saya dan kesayangan anda semua. Tolong la jangan keluarkan gambar yang bukan-bukan.

“Boleh tak kita tunggu saja Ardell balik? Tolong ya. Anda semua sangat baik mendoakan dan ambil berat. Terima kasih untuk itu, minta masa tau,” katanya.

Terdahulu, Nadzmi memaklumkan keadaan isterinya sedikit lemah apabila wajahnya ditumbuk, bahu koyak, selain tudungnya dipaksa untuk cabut dan rambutnya ditarik.

Sebeum ini, Ardell bersama 22 lagi sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia (Sabtu).

Mereka dibebaskan selepas ditahan oleh Angkatan Tentera Isr**l (I*F) ketika dalam perjalanan membawa bantuan untuk rakyat Palestin.

Artikel Berkaitan: Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l

Artikel Berkaitan: Rakan Kongsi Perbualan Telefon Dengan Ardell Aryana, Menangis Teresak-Esak Mengadu Diseksa Isr**l – “4 Hari Tak Makan & Minum”

Scroll to Top