”Sukarelawan Malaysia Paling Teruk Diserang” – Ahli Parlimen Portugal Saksi Bukti Kekejaman Pendatang Haram | Trending – Oh! Media

”Sukarelawan Malaysia Paling Teruk Diserang” – Ahli Parlimen Portugal Saksi Bukti Kekejaman Pendatang Haram | Trending – Oh! Media

Trending

Ahli Parlimen Portugal dedah sukarelawan Malaysia paling teruk diserang tentera Israel dalam misi GSF ke Gaza. Ardell Aryana turut cedera!


Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua yang turut menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza mendedahkan bahawa sukarelawan Malaysia merupakan antara yang paling teruk diserang tentera Israel.

Menurut laporan Kosmo, beliau yang ditahan rejim Zionis dalam misi tersebut turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua sukarelawan yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi kemanusiaan.

Sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel.

Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini.

Misi Kemanusiaan GSF jadi bukti kekejaman Israel

Konvoi GSF disertai kira-kira 400 sukarelawan dari 44 negara yang membawa bantuan ke Gaza. Namun, misi aman itu bertukar tragedi apabila kapal mereka ditahan dan diserang tentera Israel.

Peristiwa ini membuka mata dunia terhadap kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin. Mariana turut menyifatkan aktivis alam sekitar terkenal, Greta Thunberg, sebagai seorang yang tabah dan berani, sambil berharap agar pembebasannya disegerakan.

Ardell Aryana antara yang cedera

Ardell Aryana

Dalam kejadian itu, pelakon Malaysia Ardell Aryana dilaporkan dimaksudkan ke hospital di Istanbul, Turkiye, selepas mengalami tekanan darah rendah akibat diseksa tentera Israel.

Kisah pengorbanan Ardell dan sukarelawan lain terus mendapat simpati ramai, dengan doa serta sokongan tidak putus daripada rakyat Malaysia dan dunia Islam.

Pssttt! Keberanian mereka mengingatkan kita bahawa perjuangan untuk keadilan dan kemanusiaan tak pernah mudah. Teruskan doa dan sokongan untuk Palestin kerana setiap suara, setiap tindakan kecil tetap membawa makna besar.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top