“Inilah Makhluk Paling Zalim Atas Muka Bumi” – Baju Digunting, Tudung Direntap… Zizi Kirana Dedah Momen Ditahan Pihak Isr**l

“Inilah Makhluk Paling Zalim Atas Muka Bumi” – Baju Digunting, Tudung Direntap… Zizi Kirana Dedah Momen Ditahan Pihak Isr**l

“Baju dibahagian dalam digunting sebab mereka tak mahu ada baju lain”.

Demikian pendedahan yang dilakukan penyanyi Zizi Kirana ketika mengenang kembali detik cemas ketika dirinya dan rakan-rakan sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ditahan oleh pihak penceroboh baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Zizi mendedahkan, saat itu merupakan antara pengalaman paling getir dalam hidupnya apabila berdepan dengan layanan kasar dan zalim daripada tentera rejim.

“Masa tu saya pakai topi mereka suruh buka. Saya nak tenangkan diri, mereka ambil al-Quran tu dia tarik.

“Bila nama saya dipanggil untuk imigresen. Mereka suruh saya buka kasut, stokin dan tudung. Tapi saya cakap haram.

“Lepastu dia paksa saya buka tudung. Tapi saya bagitahu saya muslim dan haram hukumnya untuk saya lepaskan tudung saya. Tapi masa tu, dia tetap tarik tudung saya. tapi saya pertahankan.

“Dan, paling sebak kawan-kawan Sumud saya nangis dan semua jerit ‘be strong’. Sampailah mereka betul-betul tarik tudung saya dan masa tu, saya betul-betul berdoa ‘Ya Allah berikanlah balasan yang paling setimpal dengan kezaliman mereka buat dekat seluruh umat Islam dekat dunia ni’.

“Lepastu, saya dibawa ke satu ruangan yang mana dekat situ mereka memang suruh buka semuanya sampai yang mampu saya sebut hanyalah ‘Ya Rabb’,” katanya menerusi temu bual bersama Awani.

Tidak habis disitu, Zizi turut mendedahkan, dia sempat membalas secara sinis kepada pihak Isr**l ketika mereka mengucapkan selamat datang ke negara tersebut.

Katanya, dia menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah mengiktiraf kewujudan negara itu, malah menyifatkan mereka sebagai makhluk paling zalim di atas muka bumi.

“Bila saya dibawa ke imigresen masa tu saya dia cakap dengan bangganya ‘Welcome to Isr**l’. Have you been in here?’ soal mereka. Tapi saya dengan bangganya saya cakap dekat depan muka mereka sambil tunjuk passport saya ‘See! You not recognise in my country’.

“Mereka juga kata, saya tengok awak dekat Instagram, TikTok. Dan saya cuma senyum sinis dekat depan muka dia. Tapi dalam hati saya cakap inilah makhluk paling zalim dekat atas muka bumi ni yang aku tengah hadap sekarang ni.

“Dan masa nak baik bas tu sekali lagi hijab saya ditarik tapi saya tetap pertahankan sebab anak tudung dah tak ada. Dan baju dalam saya digunting sebab mereka tak mahu ada baju lain. Kasut semua dibuka, stokin tak ada dan ketika dipenjara juga kami semua kena tukar baju penjara,” jelasnya.

 

Scroll to Top