Mimi Lana Kecam Tindakan Pihak Beri Sokongan Pada Isr**l -“Sanggup Korbankan Maruah Tanah Air Sendiri & Jadi Pengkhianat Bod*h”

Mimi Lana Kecam Tindakan Pihak Beri Sokongan Pada Isr**l -“Sanggup Korbankan Maruah Tanah Air Sendiri & Jadi Pengkhianat Bod*h”

Pelakon popular, Mimi Lana mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang sanggup menjadi tali barut kepada pihak penceroboh.

Kata Mimi atau nama lengkapnya, Mimi Roziana Zainal Abidin, 30, mereka yang sanggup menjadi pengkhianat itu disifatkannya sebagai bodoh  kerana sanggup mengorbankan maruah negara dan tanah air demi wang dan pangkat.

“Rakyat Malaysia yang sanggup menjadi tali barut Isr**l  adalah pengkhianat sebenar negara dan bodoh.

“Demi sedikit habuan yang tidak seberapa dan tak berkat tu kau sanggup korbankan maruah dan tanah air sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Mimi juga menegaskan, sikap golongan yang sanggup menjadi pengkhianat negara hanya akan memakan diri sendiri kelak.

“Tak bersyukur betul dapat hidup dekat Malaysia yang aman damai ni.

“Jangan fikir kau akan selamat dan hidup aman sebab pengkhianatan tidak akan sembunyi selamanya.

“Semoga hukuman paling berat menanti setiap pengkhianat ini,” jelasnya.

Mimi berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Threads miliknya baru-baru ini.

Scroll to Top