georgie@hmetro.com.my
Sepang: Pelakon Ardell Aryana, 35, hampir pengsan dan rebah sambil menggendong anaknya sewaktu sedang diiringi masuk ke dalam bas yang disediakan untuk membawa mereka pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam ini.
Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin kelihatan berada dalam keadaan lemah dan berusaha meredah asakan orang ramai yang berkumpul di sekeliling bas terbabit.
Wajahnya juga jelas pucat dan tidak bermaya sewaktu menuju ke bas selepas sidang media yang berlangsung di Balai Ketibaan, KLIA, Terminal 1.
Situasi itu agak mencemaskan namun polis bantuan pantas menghulurkan bantuan memberikan kepada isteri pelakon Nadzmi Adhwa itu.
Melihat situasi itu, Nadzmi yang mengekorinya di belakang dilihat meluru mendapatkan isterinya sambil mendukung anak.
Ardell antara aktivis yang sempat berucap sewaktu sidang media sempena meraikan ketibaan 23 delegasi Malaysia bersama Sumud Nusantara dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Pada sidang media itu, Ardell mengucapkan terima kasih kerana orang ramai yang sukarela hadir menyambut merek.
“Saya tak dapat berkongsi banyak. Saya harap anda semua dapat hadir ke perhimpunan di Axiata Arena esok untuk bersama solidariti demi Palestin,” katanya.
Pada Sabtu lalu, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
Kesemua 23 sukarelawan selamat tiba di KLIA pada 10.07 malam.
Kesemua 23 sukarelawan termasuk selebriti Zizi Kirana, Ardell Aryana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi adalah sebahagian daripada lebih 500 sukarelawan dari beberapa negara yang turut belayar sejak September lalu.
Berita berkaitan:
GSF: T-shirt putih jadi tudung, simbol penindasan wanita Islam oleh Israel – Farah Lee
Misi GSF: Kita berjaya ‘break the silence’ – Nadir Al-Nuri
Kejayaan bawa pulang sukarelawan GSF hasil diplomasi tertinggi
GSF: 23 sukarelawan selamat tiba, Malaysia rakam penghargaan kepada Turkiye, rakan antarabangsa
Sukarelawan GSF sujud syukur di KLIA, disambut tangisan dan laungan ‘Bebas Palestin’
23 wira wirawati GSF selamat tiba
Misi GSF: Tahap keselamatan di KLIA terkawal
Keluarga, orang ramai berkumpul di KLIA sambut kepulangan aktivis GSF
© New Straits Times Press (M) Bhd



