Mayat ditemui di Sungai Batu, Jalan Ipoh

Mayat ditemui di Sungai Batu, Jalan Ipoh

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Mayat wanita ditemui terapung di Sungai Batu, Batu 3, Jalan Ipoh, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata mayat berkenaan ditemui orang awam kira-kira ham 10.30 pagi tadi.

“Polis menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati mayat berkenaan terapung di permukaan air dan terperangkap dengan sampah sarap.

“Identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti memandangkan mangsa dijumpai dalam keadaan bogel dan tiada dokumen pengenalan diri yang dijumpai di badan mayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng lai berkata, kerja mengangkat keluar mayat dibantu oleh bomba dari Balai Bomba Sentul.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur bagi proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4048 2206 atau pegawai penyiasat Sarjan Omar Sharib di talian 03-4048 2226,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top