Ibu buat laporan polis, anak OKU hilang dari rumah

Ibu buat laporan polis, anak OKU hilang dari rumah

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Setia Kuang, Rawang , di sini, sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, laporan mengenai kehilangan itu dibuat oleh ibu mangsa pada jam 1.42 pagi tadi selepas mendapati anaknya tiada di rumah sejak jam 6.20 pagi, 7 Oktober.

“Mangsa dikenali sebagai Puteri Nurmaisarah RinaMuhammad Rizuan, berusia 15 tahun 10 bulan, dilaporkan memakai pakaian terakhir baju tidur biru gelap dan seluar hitam.

“Ciri fizikal mangsa mempunyai ketinggian kira-kira 146 sentimeter, berat 49 kilogram, berkulit cerah, berambut pendek dan OKU lembam dalam pelajaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan remaja ini diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhamad Rais Azmi di talian 016-9495707.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top