“Tak Ditakdirkan Ke Gaza, Tapi Allah Gantikan Dengan Pelukan Mak Abah” – Iylia Balqis Kongsi Video Kejutan Ke-10

“Tak Ditakdirkan Ke Gaza, Tapi Allah Gantikan Dengan Pelukan Mak Abah” – Iylia Balqis Kongsi Video Kejutan Ke-10

Sukarelawan aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Ilyia Balqis menyentuh hati ramai pihak apabila mengakhiri siri kejutan yang secara tidak langsung menjadi tumpuan ramai sejak pelayarannya menuju ke Gaza, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads miliknya, Ilyia memuat naik sebuah video kejutan yang ke-10, memaparkan dirinya melepaskan kerinduan terhadap ibu bapanya.

Meskipun reda perjuangan misi bantuan kemanusiaan GSF ke Gaza tidak berjaya, namun Ilyia meluahkan rasa syukur apabila berada dalam dakapan ibu bapanya, yang dianggap sebagai satu nikmat terindah.

“Allah tak takdirkan saya ke Gaza kali ini, tapi Dia gantikan dengan pelukan Mak & Abah.

“Bertuahnya kita masih dapat berkumpul dalam aman dan merasakan hangatnya setiap pelukan.

“Nikmat yang mungkin kecil pada kita, tapi terlalu besar untuk mereka di Palestin.

”Terima kasih buat semua yang setia menanti surprise yang randomly jadi series hihi,” katanya ringkas.

Sebelum ini, sebanyak 23 aktivis kemanusiaan GSF menaiki kapal menuju ke Gaza telah dipintas oleh tentera Isr**l dan mereka turut diseksa tidak diberi makan dan minum ketika dalam tahanan penjara zioni*.

Pada Isnin malam, semua 23 aktivis kemanusiaan akhirnya selamat tiba di Kuala Lumpur setelah melalui perjalanan yang panjang demi memperjuangkan hak dan solidaritu untuk Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan GSF.

Kini, rakyat Malaysia tertumpu kepada Kapal Conscience dan lapan kapal layar lain dalam misi Freedom Flotilla Coalation- Thousand Madleen To Gaza telah dipintas pada jam 10.50 pagi tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, pintasan tersebut berlaku ketika kesemua kapal tersebut berada kurang 130 batu nautika dari Gaza.

Difahamkan, Kapal Conscience membawa 94 delegasi termasuk lapan delegasi Malaysia yang terdiri daripada pakar perubatan, pensyarah dan wartawan, manakala seorang lagi berada dalam kapal layar Umm Saad.

Scroll to Top