am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, ‘getting better’ (semakin baik),” kata pelakon dan penerbit drama terkenal, Datuk A Aida, 55, mengenai keadaan kesihatannya ketika ini.
Aida berkata, dia bersyukur kepada Allah SWT kerana keadaan kesihatannya semakin baik dan beransur pulih.
“Saya masih menjalani rawatan fisioterapi pada waktu pagi dan petang setiap hari di wad.
“Terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat yang mendoakan kesembuhan dan kesihatan saya,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro, hari ini.
Terdahulu, Aida dilaporkan menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif selepas dipindahkan ke wad biasa dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital, baru-baru ini.
Menurut anak keduanya, Azeva Natassha Wan Aminuddin, 24, sakit pada lutut ibunya juga berkurangan, sekali gus memerlukan Aida melakukan lebih banyak rawatan fisioterapi.
Terdahulu, Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang dilaporkan mendapat rawatan lanjut di ICU akibat rebah selepas melakukan fisioterapi.
Sebelum itu, pemilik Aida Production berkenaan turut difahamkan baharu menjalani pembedahan lutut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




