Nadzmi mohon beri ruang buat Ardell Aryana

Nadzmi mohon beri ruang buat Ardell Aryana

norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Nadzmi Adhwa memohon diberikan ruang kepada isterinya, Ardell Aryana yang belum sihat sepenuhnya selepas dibawa pulang ke tanah air dari Istanbul, Turkiye, baru-baru ini.

Nadzmi, 33, menerusi perkongsian di Threads memaklumkan dia tahu banyak pihak ingin berjumpa dengan Ardell untuk bertanya pengalaman yang dilaluinya ketika menjadi tahanan tentera Israel di Gaza.

“Salam semua. Saya tahu ramai yang call, contact dan ambil berat sangat tentang Ardell. Nak dengar sendiri dari dia. Saya minta semua sabar dan tunggu Ardell betul-betul sembuh fizikal dan mental ya.

“Kita sama-sama doakan dan tunggu Ardell sembuh. Insya-Allah Ardell will be back (akan kembali).

“Pada keluarga, wartawan dan kawan-kawan minta maaf, minta masa lagi ya. Ardell sayang semua dan menghargai semua. Semoga Allah merahmati kalian semua,” tulisnya berserta emoji hati berwarna merah dan tembikai.

Sebelum ini, Ardell yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bersama 22 lagi aktivis dari Malaysia dikepung dan ditahan tentera Israel di perairan antarabangsa.

Ketika di penjara, tudung Ardell direntap dan dia juga difahamkan ditumbuk di muka oleh tentera Zionis yang kejam.

Selain Ardell, antara aktivis wanita lain yang ikut sama dalam misi GSF ialah Nur Heliza dan adiknya Hazwani Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee serta Ilya Balqis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top