KPM tubuh jawatankuasa khas, kes murid ditikam akan disiasat tuntas -Fadhlina

KPM tubuh jawatankuasa khas, kes murid ditikam akan disiasat tuntas -Fadhlina

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga murid  ditikam di sebuah sekolah di Selangor hari ini.

murid ditikam

Menteri zahir takziah buat keluarga murid ditikam

Menerusi kenyataan daripada Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek, beliau berharap agar ahli keluarga mangsa diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian tersebut.

“Semoga keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Suspek kes murid ditikam telah ditahan

Menurut kenyataan tersebut juga, beliau memaklumkan sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi memastikan semua aspek berkaitan kes ini dapat disiasat secara tuntas, telus dan adil.

“Kes ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa. Suspek telah ditahan polis.
“KPM akan berkerjasama penuh dalam proses siasatan yang sedang berjalan,” katanya lagi.

murid ditikam

Artikel lain: Tiada siapa akan dilindungi! KPM takkan kompromi kes salah laku seksual – Fadhlina

Selain itu, pasukan kaunselor serta Guru Bimbingan dan Kaunseling telah digerakkan bagi melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah terbabit.

Pagi tadi, negara dikejutkan dengan berita seorang murid tingkatan empat maut ditikam oleh pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah di Petaling Jaya.

Sumber: Bernama

Scroll to Top