khairil.ashraf@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Dua kes kematian dikaitkan dengan influenza membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berusia empat dan 11 tahun direkodkan setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu tinggal di Sabah, manakala 11 tahun di Terengganu.
“Ada dua kes kematian yang ada kaitan dengan influenza. Kedua-dua dikesan mengalami influenza A.
“Tetapi kita masih lagi melakukan kajian dan penelitian apakah sebab serta punca sebenarnya kematian kedua-dua kanak-kanak ini,” katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mengenai adakah wujudnya kematian akibat influenza seperti yang dilaporkan oleh media sebelum ini.
Sebelum ini tular seorang kanak-kanak dari Kampung Sadong Jaya A di Samarahan, Sarawak dilapor meninggal dunia.
Pagi tadi, seorang-seorang kanak-kanak lelaki disahkan meninggal dunia di Dungun, Terengganu dipercayai akibat jangkitan influenza.
© New Straits Times Press (M) Bhd




