Kempen istimewa emas di semua bilik pameran HABIB

Kempen istimewa emas di semua bilik pameran HABIB

asmaini@mediaprima.com.my

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin peka terhadap pergerakan harga emas yang kini menjadi antara topik hangat diperkatakan di media sosial mahupun arus perdana.

Menariknya, walaupun harga terus meningkat, namun keyakinan orang ramai terhadap emas kekal kukuh.

Semakin ramai yang memilih untuk memiliki barangan kemas emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan strategi kewangan.

Bagi meraikan keistimewaan emas, HABIB membawakan Pesta Emas HABIB, kempen berskala nasional yang kini sedang berlangsung di kesemua bilik pameran jenama itu di seluruh negara.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB Datuk Sri Meer Habib berkata, emas sudah lama dihargai kerana nilainya yang kekal sama ada dipakai sebagai perhiasan, disimpan sebagai pelaburan atau dijadikan hadiah istimewa buat insan tersayang.

Justeru, kata Meer, Pesta Emas HABIB tampil pada waktu yang signifikan kerana ketika ini, harga emas berada pada paras tertinggi dalam sejarah.

Ia lanjutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat bermula 1 Oktober lalu yang turut memacu kenaikan harga emas ke tahap tertinggi pada minggu ini.

Kata Meer, sebagai jenama barangan kemas tempatan yang meneraju industri selama lebih 67 tahun, HABIB berkembang dan membina keyakinan sebagai jenama barangan kemas tempatan yang dipercayai rakyat Malaysia.

“Pesta Emas HABIB bukan sahaja menjadi platform untuk kami berkongsi ilmu, malah meningkatkan kesedaran mengenai nilai emas sebagai aset paling berharga di pasaran global.

“Ini kerana, kami bukan sekadar jenama yang menjual beli emas, sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat yang betul bagi membantu mereka membuat keputusan lebih bijak dalam pelaburan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh mendapatkan pelbagai rekaan terkini menerusi koleksi terbaharu barangan kemas merangkumi koleksi ikonik Oro Italia 916, koleksi emas 916, barangan kemas emas 999 dan banyak lagi.

Koleksi terkenal Oro Italia 916 umpamanya, adalah simbol gabungan kehalusan seni ketukangan Itali dengan penghargaan tinggi rakyat Malaysia terhadap emas.

Menurut Meer, kerjasama ini bermula apabila jenama berkenaan memperkenalkan idea untuk menghasilkan barangan kemas daripada emas 916 kepada tukang emas Itali yang secara tradisinya lebih cenderung menggunakan emas 750 untuk menghasilkan rekaan halus.

Kata Meer, melalui kepakaran dan inovasi bersama, ketukangan Itali dan keunikan emas 916 dapat digabungkan untuk melahirkan koleksi Oro Italia 916 yang eksklusif dan hanya boleh didapati di HABIB.

“Kerjasama ini terus membawakan rekaan bertaraf dunia yang menggabungkan warisan dan gaya moden kepada rakyat Malaysia.

“Sempena Pesta Emas Habib kali ini, antara rekaan yang bakal menjadi tumpuan adalah koleksi Cleopatra baharu, gelang tangan Sicilia baharu serta koleksi Cavo yang kini tampil dengan rekaan lebih ringan dalam tiga rona emas iaitu kuning, putih serta ros.

“Dengan gabungan gaya minimalis dan maksimalis, koleksi ini sesuai untuk semua generasi yang ingin tampil elegan dan bergaya,” katanya.

Sementara itu, bagi memberi kelainan kepada pelanggan, jenama itu turut mengadakan inisiatif Jelajah Emas ke seluruh negara bagi merapatkan jurang ilmu mengenai emas dalam kalangan rakyat Malaysia serta membawa HABIB lebih dekat kepada pelanggan.

Pakar dan hos jenama itu akan menjelajah ke bilik pameran terpilih di seluruh negara bagi berkongsi ilmu berkenaan emas yang juga bakal disiarkan di platform media sosial termasuk Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta Facebook (@HABIB).

Menerusi inisiatif itu, pelanggan dan orang ramai berpeluang menghayati perjalanan yang melangkaui sempadan dan masa bagi meraikan keindahan emas merentasi budaya serta generasi.

Bersempena dengan penganjuran kempen Pesta Emas Habib, jenama itu turut menawarkan perkhidmatan beli balik dan tukar beli pada harga kompetitif di semua bilik pameran.

Ia bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ingin memperoleh emas dan berlian baharu dengan menjual barangan kemas sedia ada mereka.

i

Harga emas dijangka cecah RM700 segram pada penghujung tahun ini

Harga emas dijangka boleh mencecah RM700 segram menjelang akhir tahun ini

Ia rentetan lonjakan harga emas melebihi AS$4,100 (RM17,344) satu auns atau 28.34 gram, paras tertinggi dalam sejarah.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB Datuk Sri Meer Habib berkata, ia bukan sesuatu yang mustahil kerana harga runcit emas ketika ini adalah sekitar RM660 segram.

Kata beliau, sepanjang 2024, harga emas merekodkan kenaikan keseluruhan sebanyak 27 peratus.

“Namun untuk 2025, setakat 14 Oktober lalu (untuk tempoh 10 bulan sahaja), harga emas sudah meningkat 60 peratus berbanding awal tahun ini.

“Lonjakan harga seperti itu belum pernah berlaku. Jadi, jika melihat kepada perkembangan semasa, harga runcit emas pada 2026 tidak mustahil boleh mencapai RM700 segram,” katanya.

Sementara itu, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi harga emas di pasaran antarabangsa.

Antaranya, ketidaktentuan ekonomi global yang disebabkan oleh isu geopolitik, peperangan, perdagangan dan krisis kewangan.

Selain itu, kadar faedah, polisi Rizab Persekutuan, inflasi global, kekuatan Dolar Amerika Syarikat, permintaan fizikal, pasaran kewangan dan spekulasi turut menyumbang kepada turun naik harga emas di pasaran dunia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top