Personaliti media sosial, Ubaidillah MZ berkongsi kisah peribadinya sebagai peringatan buat anak muda agar tidak berbelanja ikut nafsu dan belajar bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Menerusi hantaran di Threads, Ubaidillah mengimbas kembali perjalanan hidupnya yang bermula dengan serba sederhana, sebelum mampu memiliki kereta pertama hasil titik peluh sendiri.
“Wahai adik-adik, tolong belanja ikut kemampuan. Sebelum saya ada kereta, saya hanya guna motor. Sampailah ada rezeki lebih, baru beli kereta pertama pada tahun 2021. Peugeot408 2nd hand, waktu itu RM20,000,” tulisnya.
Namun, rezeki yang dikecapinya tidak bertahan lama apabila kereta berkenaan musnah akibat kemalangan hanya tiga bulan selepas dibeli.
Tidak putus asa, suami kepada penyanyi, Shila Amzah ini berkata dia terus bekerja keras sebelum berjaya membeli kereta idaman Mercedes menerusi pinjaman bank.
“Rasa best sangat dapat bawa kereta Mercedes, tapi dalam sebulan dua sajalah. Lepas tu rasa biasa saja dan sampai hari ini masih gigih bayar loan,” katanya.





