Bukit Mertajam: Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang wanita yang ditemukan maut bersama anak perempuannya di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata, kedua-dua lelaki berusia 40-an itu termasuk seorang warga asing ditahan secara berasingan di sini, hari ini.
“Polis akan membawa kedua-duanya ke mahkamah esok untuk proses reman dan kita percaya mereka dapat membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Azizee berkata, polis juga sedang mengenal pasti sama ada terdapat individu lain yang terlibat dalam kes pembunuhan dua beranak berkenaan dengan siasatan terperinci sedang dijalankan termasuk bagi mengetahui motif.
Media pada Sabtu melaporkan mayat wanita dan anak perempuannya itu ditemukan dalam keadaan menyayat hati di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru, dipercayai menjadi mangsa pembunuhan.
Azizee dilaporkan berkata, mayat wanita berusia 51 tahun yang merupakan peniaga kuih dan anaknya berusia 11 tahun ditemukan suaminya yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ekoran kejadian itu, polis telah menahan reman suami wanita terbabit yang berusia 57 tahun selama seminggu hingga 25 Okt bagi membantu siasatan.
- Polis jumpa senjata dipercayai diguna suspek
- ‘Tak dengar langsung ada bunyi orang jerit minta tolong atau apa-apa pun’ – Jiran
- Jenazah dua beranak dikebumi dalam satu liang lahad
- Corak kecederaan hampir serupa, ibu dan anak dipercayai diserang dalam tempoh sama – Pakar Patologi
- Kematian kedua-dua mangsa akibat tetakan di belakang leher
- ‘Arwah Sariya gembira dan ceria, dia tak pernah cerita masalah dengan sesiapa’ – Ibu saudara mangsa bunuh
- Sariya ambil Nur Afrina sebagai anak angkat sejak kecil
- ‘Saya tak boleh terima, binatang pun sayangkan anaknya’ – Abang mangsa bunuh
- Lelaki ditahan polis
- Rakaman suara tular: ‘Isteri aku dengan anak aku kena bunuh’
- Suami sebak beritahu jiran anak isteri mati dibunuh
- Ibu, anak dipercayai dibunuh dalam keadaan mengerikan
© New Straits Times Press (M) Bhd




