Oh! Tidak
Tragedi Deepavali di Kulim berpunca daripada lelaki mabuk yang tersilap bakar mercun terbalik hingga meletup.
Sambutan perayaan Deepavali di Kulim, Kedah bertukar tragedi apabila letupan mercun di Paya Besar, Lunas mengakibatkan 22 individu cedera, termasuk seorang lelaki parah di bahagian kepala.
Lapor Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan memaklumkan dua suspek —iaitu seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 23 tahun telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1958 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Suspek lelaki mabuk pasang mercun terbalik

Siasatan awal mendapati suspek lelaki ketika itu berada dalam keadaan mabuk sebelum membeli mercun jenis kelapa bernilai RM200 di sebuah khemah jualan berhampiran lokasi kejadian.
Mercun tersebut disyaki telah dimasukkan secara terbalik oleh suspek lelaki menyebabkan ia meletup di bawah selepas dibakar oleh rakannya, iaitu suspek wanita.
Akibat letupan kuat itu, 22 individu yang berada berhampiran tempat kejadian mengalami kecederaan, termasuk seorang lelaki yang retak tengkorak di bahagian dahi dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Pssttt! Oh! Media harap kejadian ni jadi pengajaran buat semua, jangan ambil mudah keselamatan bila bermain dengan bahan letupan atau mercun berbahaya.
Kredit: Astro Awani
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




