Anzalna tak kisah isu follow, unfollow, pilih hidup aman damai

Anzalna tak kisah isu follow, unfollow, pilih hidup aman damai

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa terkilan apabila isu ikut dan nyahikut di Instagram masih menjadi bualan hangat.

Dalam hantaran di Threads semalam, Anzalna, 37, mengajak pengikutnya di platform itu untuk hidup dalam keadaan aman dan damai. “Aduh, isu ‘follow unfollow’ ini tak habis-habis lagi ke? Hidup kita bukan di Instagram saja pun. Marilah kita hidup aman damai,” tulisnya. Menerusi hantaran sama, Anzalna turut mengakui dia tidak ambil kisah sekiranya ada pihak yang ingin mengikut atau sebaliknya di Instagram rasminya.

“Saya pun tak kisah siapa nak ‘follow’ atau ‘unfollow’. Kadang saya sendiri pun tak perasan! Hahahahahahahaha,” tulisnya diikuti dengan ketawa panjang.

Bagaimanapun, Anzalna tidak menjelaskan secara terperinci mengapa isu itu dibangkitkannya pada tengah malam semalam.

Terdahulu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan video siaran langsung di platform media sosial pelakon, Fasha Sandha yang berkongsi mengenai perkara itu.

Perkara itu dikongsikan Fasha selepas heboh di media sosial dakwaan bahawa dia menyahikut seorang pelakon wanita di Instagram.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top