“Doktor Kata Saraf Kaki Mak Saya Dah Mati, Luka Je Memang Kaki Terus Hitam”- Ardell Aryana Fokus Kesihatan Ibu

“Doktor Kata Saraf Kaki Mak Saya Dah Mati, Luka Je Memang Kaki Terus Hitam”- Ardell Aryana Fokus Kesihatan Ibu

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana tampil menegaskan, dia bukanlah seorang anak tunggal seperti yang didakwa.

Katanya, dia mempunyai seorang kakak yang sanggup berkorban tenaga membantu menjaga ibunya, Sawiyah Abdullah yang sedang sakit ketika dia mengikuti misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

ARTIKEL BERKAITAN:Ardell Aryana Syukur Dapat Kafan & Tanam Kaki Ibu – “Wahai Kaki Ibuku Yang Banyak Berjasa..”

Jelasnya, dia kini sedang memberikan fokus kepada penjagaan menyeluruh ibunya yang kini hanya mempunyai sebelah kaki akibat komplikasi diabetes kronik.

“Ada yang cakap saya ni anak tunggal. Tak adalah, saya ada kakak. Kesian kakak saya, dialah yang jaga mak saya sepanjanga saya pergi misi smapai sanggup pencen awal. Tak bekerja sampai sanggup jaga mak saya sepanjang saya pergi 6 bulan tu.

“Sekarang tak boleh banyak rehat. Sekarang ni fokus mak saya sahaja. Suap dia makan, bukan tak boleh makan tapi memang kena suap mak. Ulang alik hospital, kita usaha sekali mak masih ada.

“Layan dia punya jerit-jerit, benda ni nanti yangs aya akan rindu. Sebab sebelum ni mak saua tak pernah meracau.

“Sebelum ni kaki dia belah kanan yang tak ada kan, sekarang ni belah kiri pula. Doktor kata saraf kaki mak saya dah mati, jadi kalau luka je memang kaki akan terus hitam,” katanya.

Dalam pada itu, Ardell juga berharap orang ramai mendoakan agar ibunya itu diberikan kekuatan seperti saudara kita di Gaza.

“Saya tak sedih pun tapi ni ya sebelah kaki dia lagi. Kau orang semua doakan tau yang ramai-ramai dalam live  ni.

“Mana tahu salah satu doa-doa kalian yang diangkat. Doakan mak saya kuat macam saudara-saudara kita dekat Gaza,” jelasnya.

 

Scroll to Top