7 sungai di Kedah lepasi tahap bahaya

7 sungai di Kedah lepasi tahap bahaya

am@hmetro.com.my

Alor Setar: Tujuh sungai di negeri ini sudah melepasi tahap bahaya berikutan hujan berterusan hari ini.

Berdasarkan lama Info Public Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kesemua sungai itu membabitkan daerah Sik, Yan, Baling, Pendang, Bandar Baharu.

Kesemua sungai berkenaan menunjukkan trend menaik.

Dalam pada itu, setakat ini berdasarkan tinjauan di media sosial mendapati beberapa kawasan di daerah di negeri ini seperti di daerah Kubang Pasu, Kulim, Pendang dan Sik sudah dinaiki air.

Tinjauan mendapati, orang ramai turut membuat hantaran video di media sosial mereka memaklumkan kawasan mereka dinaiki air namun masih terkawal.

Difahamkan, pasukan penyelamat termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah sudah bersiap sedia dan melakukan pemantauan di lokasi yang dinaiki air.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top