Betty Rahmad Beri Teguran ‘Makan Dalam’ – “Takut Anak Kena Buli Tapi Mak Bapak Sakan Buli Orang Di Media Sosial”

Betty Rahmad Beri Teguran ‘Makan Dalam’ – “Takut Anak Kena Buli Tapi Mak Bapak Sakan Buli Orang Di Media Sosial”

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad menegur tindakan segelintir ibu bapa yang dilihat memberikan contoh tidak baik kepada masyarakat apabila meninggalkan komen berbaur negatif di media sosial.

Menurut Betty, golongan berkenaan sering kali lantang menyuarakan kebimbangan mengenai isu buli di sekolah dan tidak mahu anak mereka terlibat dalam insiden sedemikian.

Namun, dalam masa sama, mereka sendiri menunjukkan perlakuan yang bercanggah dengan nilai yang cuba ditegakkan.

“Kecoh takut anak kena buli dekat sekolah. Tapi mak bapak sakan buli orang dalam komen sosial media,” katanya.

Perkara itu dikongsi Betty menerusi hantaran di Threads miliknya.

Dalam hantaran berlainan pula, Betty berkata, semua manusia akan diuji dengan cara berbeza. Namun, memperkatakan tentang sesuatu isu dengan rasa empati adalah lebih baik daripada menuding jari tanpa usul periksa.

“Kita semua diuji dari sudut berbeza. Ada anak satu ujian. Anak dua ujian. Anak 8 ujian. Tak ada anak ujian.

“Kahwin pun ujian. Talk with empathy. itu sahaja,” tegasnya.

Scroll to Top