“Sebelum Ni 7 Tahun Bersama, Elok Je Terjaga Makan Minumnya, Tak Sejati Ke?” – Abby Abadi

“Sebelum Ni 7 Tahun Bersama, Elok Je Terjaga Makan Minumnya, Tak Sejati Ke?” – Abby Abadi

Oh! Artis

Abby Abadi luah rasa kurang senang di Threads sambil tegur kenyataan artis yang didakwa kurang sensitif.


Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi, mencuri perhatian netizen selepas meluahkan rasa kurang senang terhadap kenyataan seseorang yang bercakap tentang ‘cinta sejati’.

Dalam hantaran di Threads, Abby menulis dengan penuh persoalan mengapa kenyataan sebegitu perlu dikeluarkan.

BACA: “Terima Kasih Allah..” – Erma Fatima Sebak Lihat Fattah Dan Amira Othman Di Pelamin

“Sebelum ini 7 tahun bersama, tak sejati ke?”

Abby Abadi

Tak lama selepas itu, Abby memuat naik satu lagi posting menyertakan definisi sebenar perkataan sejati yang diperolehnya dari carian Google.

Abby Abadi

Menurut Abby, ‘sejati’ bukan bermaksud cinta baru atau cinta yang sudah berakhir, tetapi lebih kepada keikhlasan dalam mencintai seseorang.

Sejati tu maknanya ikhlas, tulus mencintai. Bukannya cinta yang baru atau cinta yang mati bersama. Itu juga kefahaman saya. Saya tak campur urusan pengantin. Saya cuma cakap tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang artis ni. Sekurang-kurangnya ada lah sikit rasa simpati pada yang dulu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangan Abby dan menyifatkan kenyataan tersebut wajar ditegur.

Walaupun Abby tidak menyebut nama mana-mana pihak secara terbuka, ramai netizen berpendapat kenyataannya itu mungkin ditujukan kepada seseorang yang baru-baru ini membuat kenyataan tentang ‘cinta sejati’ di media sosial.

Pssttt! Apa pun, diharapkan semua pihak dapat menjaga sensitiviti ketika berkongsi di media sosial supaya tidak menimbulkan salah faham atau spekulasi dalam kalangan netizen.

Kredit: Threads Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top